- Minum banyak air,sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..
- Bersarapan bagaikan seorang raja,makan tengah hari bagaikan seorang putera dan makan malam umpama seorang pengemis
- Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses.
- Hidup dengan prinsip 3E- Energy,Enthusiasm, Empathy..
- Peruntukan masa untuk solat..
- Lebihkan permainan yang mencabar minda
- Banyak membaca buku. Lebih banyak daripada tahun lalu..
- Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari..
- Tidur selama tujuh jam..
- Ambil masa 10 hingga 30 minit untuk berjalan setiap hari.. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan..
- Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidka tahu mengenai kehidupan orang lain.
- Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang bearada di luar kawalan anda..
- Janganlah melakukan sesuatu berlebih-lebihan. Ketahuilah had anda.
- Jangan terlalu memberikan tekanan kepada diri sendiri..
- Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip..
- Bina impian ketika anda masih berjaga,maka anda akan berusaha untuk merealisasikannya..
- Cemburu adalah perkara yang membuang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan.
- Lupakan kisah silam yang menyakitkan hati.Jangan ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagiaan anda sekarang..
- Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi jangan membenci sesiapa pun..
- Berdamailah dengan masa lalu anda,jadi anda tidak merosakkan masa sekarang anda..
- Tidak ada orang lain yang boleh menggugat kegembiraan anda kecuali anda sendiri.
- Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah 'sekolah' dan di sini anda harus belajar..Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi,tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat..
- Banyakkan senyuman dan tertawa..
- Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak bersetuju..
- Selalulah berhubungan dengan keluarga anda..
- Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari..
- Maafkan semua orang atas segala-galanya..
- Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan yang berusia bawah enam tahun(ibu bapa,orang tua dan anak-anak yang masih kecil)
- Setiap hari cubalah untuk buat sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum..
- Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda,itu bukan masalah anda..
- Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit.Sebaliknya keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda.. Oleh itu,selalulah ingat mereka..
- Lakukan perkara yang betul..
- Singkirkan semua yang tidak berguna,tidak cantik, dan yang tidak menggembirakan..
- Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya..
- Apapun,samada perkara baik atau jahat,ia akan berubah..
- Tak kira apa pun perasaan anda,bangunlah,bersiap dan bersedia..
- Yakinlah,perkara yang baik pasti akan datang...
- Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup,maka ucapkan Alhamdulillah..
- Suara hati anda sentiasa inginkan kebahagian,kegembiraan dan kedamaian.Maka bergembiralah,carilah kebahagiaan dan ungkapkan kedamaian..
- Samapaikan kebaikan(temasuk tip ini) kepada orang lain yang anda sayangi..
p/s: I have been reading a book called Why do I make myself Unhappy.. those tips above is for me as well.. huhu.. I need to be a bright person in the future.. I'll let you know what that book is about when I'm done reading it,okie?




0 comments:
Post a Comment